"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

12.7.09

Majlis Pelancaran Pengumpulan Dana Pembangunan SERI & SEMI, Lonjakan Usaha Membina Kompleks Pendidikan

KUANTAN, 10 Julai 2009 -- Bagi memastikan usaha pengumpulan dana untuk membina Kompleks Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI) berjalan dengan lebih agresif, majlis pelancarannya telah disempurnakan pada hari ini. Bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, majlis ini telah diadakan bersempena dengan Muktamar Sanawi Selari WADAH, ABIM dan IKATAN Pahang.


Dalam ucapan pelancarannya, Ustaz Asaari@Kamaludin bin Yatim yang merupakan Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Pahang merangkap Mudir SERI ABIM Indera Mahkota telah menjelaskan bahawa kos keseluruhan pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM28 juta. Walaubagaimanapun, bagi memastikan pembangunan boleh dilakukan dengan secepat mungkin, pihak Jawatankuasa Pembangunan SERI memberi tumpuan untuk mengumpulkan dana bagi membina Fasa 1 kompleks tersebut yang merangkumi Blok Pentadbiran, Blok Kelas dan Surau. Fasa 1 ini bernilai RM 13 juta.

Selepas dilancarkan, semua hadirin yang berada di dewan telah membuat sumbangan serta mengisi borang Saham Wakaf bagi menjayakan usaha murni ini. Pihak ABIM Pahang sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam bentuk kewangan daripada semua pihak bagi menjayakan usaha pengumpulan dana untuk membina Kompleks SERI dan SEMI ABIM Pahang ini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat sumbangan atau mewakafkan lot tanah untuk Pembangunan SERI & SEMI Indera Mahkota ini bolehlah mendapatkan maklumat lanjut daripada Jawatankuasa Pembangunan SERI ABIM di talian 09-5733182 ataupun melayari laman web SERI ABIM Indera Mahkota di http://www.sri-inderamahkota.edu.my

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More