"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

27.7.09

ABIM dan Mahasiswa Bersama Masyarakat Cheruk Paloh

Cheruk Paloh, 26 Julai 2009 -- Bagi mengorak langkah mendekati masyarakat dalam pelbagai pendekatan dakwah, ABIM Pahang telah menganjurkan program Mahasiswa Bersama Masyarakat. Program ini telah diadakan dengan kerjasama JKKK Kampung Cheruk Paloh Kuantan, MPP UIAM KUantan, Faci Team IIUM Kuantan dan Volunteer Team IIUM Kuantan. Program ini telah diadakan pada 24 - 26 Julai 2009 yang lalu.



Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah berjaya diadakan. Diantaranya ialah program motivasi pelajar sekolah, pemeriksaan kesihatan, gotong royong membersihkan pantai, sukaneka dan majlis perasmian. Semua aktiviti telah mendapat sambutan dan sokongan daripada penduduk kampung Cheruk Paloh Kuantan ini.

Lebih bermakna apabila majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Shafik Fauzan bin Shariff yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Inderapura. Kampung Cheruk Paloh terletak di dalam kawasan DUN beliau.

Menurut Sdr. Mahadi Deraman (Setiausaha ABIM Pahang), program ini diadakan bertujuan untuk meneruskan tradisi ABIM dan mahasiswa memberikan khidmat kepada masyarakat. Ini bagi memastikan hubungan baik di antara ABIM dan mahasiswa dapat terus dikekalkan mengikut kemampuan yang ada pada kedua-dua pihak. Program bersama penduduk Kampung Cheruk Paloh juga akan dijadikan projek berterusan selama 3 tahun terutama dalam memastikan anak-anak pelajar akan mendapat kejayaan cemerlang dalam pendidikan khususnya peperiksaan UPSR.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More