"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.6.09

Kunci Kejayaan Seorang Pemimpin Yang Saleh Dalam Melahirkan Masyarakat Yang Saleh.

Nota Tazkirah
Oleh : Sdr Drs Mohd Salleh Albakri,M.A bin Haji Mohd Tahir

Pada zaman Rasullullah dan sahabat, Islam terbukti mencapai masa keemasan (The Golden Age). Baginda berjaya mendirikan sebuah negara Madinah yang moden pada masa itu melalui sebuah konstitusi negara yang pertama di dunia. Dalam kepimpinan umat, para sahabat juga telah berjaya mencatatkan sejarah tinta emas dalam peradaban manusia. Puncaknya, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya membentuk sebuah masyarakat yang adil dan makmur hanya dalam tempoh waktu kurang daripada dua tahun.

Keberhasilan dan kejayaan yang dicapai berkat kegigihan dua faktor yang saling berkaitan iaitu kesalehan para pemimpin dan kesalehan masyarakatnya. Kesalehan seorang pemimpin menentukan kejayaan atau kegagalan dalam mewujudkan sebuah bangsa atau masyarakat yang adil dan makmur, beriman serta bertawakal kepada agamanya yang diwarisi turun-temurun.

Melalui agamanya, Allah memberikan peringatan kepada kita dalam memilih seorang pemimpin sebagaimana firman-Nya yang bererti : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan Bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpinmu, jika mereka mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(QS.9:23).

Pemimpin yang saleh adalah seorang pemimpin yang amanah dalam melaksanakan kepercayaan daripada rakyatnya dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Atas semua kepimpinan itu, ia selalu berpegang teguh dengan ajaran Al-Qur'an dan hadis. Selain itu seorang pemimpin boleh dilihat dari kesederhanaan hidup dalam memimpin rakyatnya.

Jika rakyat lapar ia menjadi orang pertama lapar dan jika rakyat kenyang dia orang yang terakhir kenyang. Seorang pemimpin yang saleh akan menjadi tauladan kepada rakyatnya. Apa yang diperintahkan akan dituruti rakyatnya, kerana rakyat percaya kepada kepimpinannya.

Kunci keberhasilan dan kejayaan yang kedua adalah adanya kesalehan masyarakat, Kesalehan masyarakat terbentuk dengan adanya rasa persaudaraan yang kuat di antara masyarakat yang didasari keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, kecerdasan serta kritis sebagai kontrol sosial terhadap pemimpinnya.

Allah telah mengambarkan contoh masyarakat yang saleh dalam firmannya yang bererti : Dan orang-orang yang menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka (kaum Anshar itu) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (muhajirin).Dan mereka (Anshar) mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka sedang dalam kesusahan.(QS,59.9)

Sikap kritis dari masyarakat terhadap pemimpinnya menjadikan alat kontrol baginya jalan pemerintahan dan pentadbiran. Pemimpin yang memerintah atau mentadbirkan sesebuah institusi kemasyarakatan akan ditegur apabila melakukan kesalahan dan akan didukung melakukan kebajikan dan kemaslahatan.

Maka sewajarlah seseorang pemimpin yang tawaduk untuk mendengar teguran diplomasi di kalangan masyarakat terutamanya yang memegang otoriti keagamaan (ulama atau ustaz) dan juga termasuk di kalangan ilmuan dalam menyelesaikan masalah politik, sosial budaya pendidikan dan ekonomi yang bebas dari keangkuhannya dan keserakahan jabatan yang didudukinya itu. Manakala rakyatnya mestilah mendukung kepimpinan asalkan mendatangkan kebaikan dan keredhaan Allah demi kelangsungan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang benar-benar saleh serta mendapat keampunannya.

Disediakan Oleh :
Sdr Drs Mohd Salleh Albakri,M.A Bin Haji Mohd Tahir
Setiausaha Abim Kuantan
Mantan Ketua Komisaris Mahasiswa Pemikiran Moderan Dalam Islam,
Program Pascasarjana IAIN Sulthan Syarif Qasim, Indonesia. (2000-2002).

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More