"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

2.6.09

ABIM Pahang Bantu Program Belia Belum Berorganisasi

KUANTAN, 30 Mei 2009 -- Atas semangat setiakawan dan sinergi bersama Pejabat Belia Daerah Kuantan, ABIM Pahang telah dijemput untuk mengisi program Belia Belum Berorganisasi anjuran pejabat tersebut. Program yang diadakan pada 29 - 31 Mei 2009 ini telah disertai seramai 40 orang belia bertempat di Duta Village, Beserah, Kuantan.

ABIM Pahang yang diwakili oleh Sdr. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin dan Sdr. Azman bin Alik telah menyampaikan pengisian kepada para peserta program. Sdr. Hisyam telah membentangkan tajuk "Memahami Organisasi Belia" manakala Sdr. Azman pula telah membentangkan tajuk "Asas Kepimpinan Dalam Organisasi Belia".

Sesi pengisian tersebut menjadi lebih menarik dengan pastisipasi para peserta dalam sesi soal jawab dan bengkel. Mereka semua menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk menyertai pertubuhan belia sedia ada ataupun menubuhkan persatuan belia yang baru seterusnya berdaftar bersama Pendaftar Pertubuhan Belia.

ABIM Pahang mengucapkan sekalung tahniah kepada Pegawai-pegawai dan penggerak Pejabat Belia Daerah Kuantan atas usaha yang sangat murni ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More