
Festival ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat belia Pahang dalam persembahan nasyid. Selain itu, juara bagi kedua-dua kategori akan mewakili negeri Pahang ke Festival Nasyid Belia 2009 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka.

Kumpulan-kumpulan yang telah mengambil bahagian terdiri daripada Al-Hirbah, Soutun Nur, Wardatul Maahad, Soutul Muslim, InSoft, Az-Zinirah, Soutul Maahad, Insani, Insyirah, Soutun Nasihah dan Irsyadi.
Sepanjang 3 jam pertandingan, pelbagai melodi nasyid telah dipersembahkan. Di samping itu juga, bait-bait lirik yang berunsur ketuhanan, nasihat dan motivasi juga turut bergema di dalam auditorium. Festival ini jelas membuktikan generasi belia Pahang yang benar-benar berbakat telah mengambil jalan persembahan nasyid untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Festival tahun ini telah dijuarai oleh kumpulan Soutun Nasihah (SMK Bukit Rangin) untuk kategori lelaki manakala kategori perempuan telah diraih oleh kumpulan Wardatul Maahas (Maahad SAS Jengka). Kategori Penulis Lirik Terbaik pula dimenangi oleh Puan Norasyikin (Soutun Nasihah), kategori Persembahan Solo Terbaik dan Persembahan Terbaik juga telah dibolot oleh Soutun Nasihah.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang, YM Tuan Rahim bin Tuan Bahru serta Pegawai Kementerian Belia dan Sukan, Cik Nuraida. Turut hadir memeriahkan festival ialah Tn. Hj. Nik Ismail (Pen. Pengarah JBS), Pegawai-Pegawai JBS Pahang, pemimpin-pemimpin pertubuhan belia negeri Pahang serta ibu bapa dan guru-guru pengiring.
0 ulasan:
Post a Comment