"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

5.5.09

Tamrin ABIM Pahang Latih Generasi Pelapis

MARAN, 2 Mei 2009 -- Atas kesedaran tentang pentingnya generasi pelapis, ABIM Pahang telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan Tamrin Kepimpinan Pelapis pada 1 - 2 Mei 2009. Program ini bertempat di Kompleks Rakan Muda Maran.

Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak ahli WADAH dan ABIM Pahang serta ahli-ahli IKATAN Pahang yang sedang menuntut di IPT. Tamrin ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Sdr. Amidi Abdul Manan (YDP), Sdr. Muhammad Hisyamudin Baharudin (TYDP) dan Sdr. Mahadi Deraman (SU ABIM Pahang).


Sepanjang program diadakan, para peserta telah dilatih dengan kefahaman asas Islam yang menjurus kepada gerak kerja usaha dakwah bagi menyebarkan ajaran agama Islam. Perbincangan-perbincangan dalam kumpulan juga diadakan bagi melatih peserta-peserta mengeluarkan idea dan pendapat mengenai saluran dakwah yang dianggap praktikal untuk dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, elemen ukhuwwah sesama peserta juga ditekankan bagi memastikan hubungan persaudaraan sesama generasi pelapis ABIM Pahang akan sentiasa kukuh. Usaha ini diterapkan semasa sesi riadah, makan dan aktiviti ibadah.


Semasa sesi penutup program, Sdr. Amidi Abdul Manan (YDP ABIM Pahang) telah
menekankan peri pentingnya melibatkan diri dalam usaha dakwah bagi memastikan mesej Islam akan dapat disebarkan dengan lebih luas. Sesungguhnya program ini adalah julung-julung kali seumpamanya telah dianjurkan. Semoga para peserta program ini akan meneruskan misi perjuangan ABIM Pahang pada masa-masa hadapan.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More