"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

18.5.09

Bengkel MTG Siri 2 Kukuhkan Kefahaman

KUANTAN, 17 Mei 2009 -- Berbekalkan motivasi kesukarelaan yang tinggi, ABIM Pahang dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM (IOA) dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, telah mengadakan Bengkel Pemandu Pelancong Masjid Siri ke 2. Bengkel ini adalah susulan program latihan kepada sukarelawan-sukarelawan MTG (Mosque Tour Guides) yang telah diadakan pada bulan April yang lalu.

Program seharian ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh seorang penceramah / jurulatih MTG yang didatangkan khas dari Bahrain. Beliau ialah Bro. Syed Raziuddin Ali yang merupakan pengasas kepada Discover Islam, sebuah NGO dakwah yang sangat aktif di Bahrain. Discover Islam juga mempunyai kepakaran dalam menjalankan dakwah menerusi pemanduan pelancong masjid khususnya di Bahrain.

Seramai 25 orang sukarelawan dan ahli-ahli ABIM Pahang telah menghadiri program ini. Mereka ini akan menjadi kumpulan pertama sukarelawan MTG yang akan bertugas di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 bagi menjadi pemandu kepada pelancong-pelancong yang hadir melawat masjid tersebut.

Sepanjang sesi latihan ini, Bro. Syed telah membentangkan tajuk-tajuk yang sangat penting dan menarik. Di antaranya ialah How To Conduct Dakwah to Non Muslim?, Who Are Non Muslim?, Basics of Interaction, Finding a Common Ground Between Muslims and Non-Muslims dan Skills and Techniques of Answering The FAQs on Mosque Perspective.

Pendekatan latihan komunikasi dua hala yang digunakan oleh Bro. Syed telah menjadikan sesi latihan lebih interaktif. Para sukarelawan MTG telah mengambil peluang secukupnya untuk bertanyakan soalan dan pengalaman penceramah untuk dijadikan panduan kepada mereka.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More