"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

31.5.09

ABIM Pahang Turut Meriahkan Hari Belia Negeri Pahang 2009

PADANG TENGKU, 24 Mei 2009 - Sebagai salah satu pertubuhan belia di negeri Pahang, ABIM Pahang turut serta menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Pahang. Program yang telah diadakan di Padang Awam Padang Tengku, Kuala Lipis itu telah dihadiri kira-kira 3000 belia dari seluruh negeri serta penduduk setempat.

Sebelum Hari Belia bermula, ABIM Pahang terlebih dahulu telah menganjurkan Kembara Amal Generasi Bebas Jenayah yang merupakan salah satu program bagi sambutan tahun ini. Kembara Amal ini telah sampai ke destinasi terakhirnya iaitu lokasi sambutan Hari Belia 2009 peringkat negeri Pahang ini.

Sepanjang program ini, ABIM Pahang telah membuka gerai Pemeriksaan Kesihatan. Pemeriksaan telah dikendalikan bersama-sama oleh pelajar-pelajar Kuliyyah Perubatan UIAM Pahang dan petugas Pejabat Kesihatan Kuala Lipis. Di samping itu, ABIM Pahang juga telah menyediakan sehelai kain rentang bagi membolehkan belia-belia menurunkan tandatangan sebagai manifestasi kepada ikrar untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu jenayah.

Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Pahang ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Mamat yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

ABIM Pahang juga turut mencatatkan sejarah tersendiri pada hari ini kerana mantan YDP ABIM Pahang iaitu Dr. Hj. Azmi bin Ghazali telah dikurniakan Anugerah Tokoh Belia Negeri Pahang.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More