KUANTAN, 24 Januari 2009 - Berkat muafakat dan kerjasama
NGO-NGO Islam yang bernaung di bawah Sekretariat Dakwah Islamiyah Pahang, maka program Hari Solidariti Palestin peringkat negeri Pahang telah diadakan pada 23 Januari 2009. Program ini bertempat di Dewan JAIP Kuantan. Turut sama menjayakan program ini ialah Majlis Belia Negeri Pahang dan Majlis Belia Daerah Kuantan.

Pelbagai agenda telah disusun bermula sebelah pagi dengan aktiviti pameran oleh semua NGO-NGO Islam Pahang di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Di sebelah malamnya pula, program di dalam dewan telah berlangsung. Di

Program yang diadakan bersempena dengan isu serangan tentera Israel ke atas bumi Gazza Palestin ini telah menarik kehadiran orang ramai ke tempat program. Malah, kehadiran masyarakat bukan Islam juga telah membuktikan bahawa isu Gazza ini bukanlah isu umat Islam semata-mata malahan ianya melangkaui kepada isu sejagat dan kemanusiaan. Kutipan derma juga telah dibuat pada malam tersebut.

Pidato-pidato telah disampaikan oleh wakil-wakil IPT, wakil kaum Cina dan wakil kaum India. Selain itu, penjelasan terperinci mengenai keadaan di Gazza dan isu kemanusiaan di Palestin juga telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin yang merupakan Perunding Aman Palestin. Pidato kemuncak pula telah disampaikan oleh Tn. Hj. Azmi bin Abdul Hamid (Presiden TERAS Melayu).
0 ulasan:
Post a Comment