"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

30.3.09

Hari Keluarga Kuatkan Ukhuwwah

KUANTAN, 28 Mac 2009 - Bertempat di Taman Pertanian Kuantan, ABIM Pahang telah mengadakan program Hari Keluarga 2009. Program yang dianjurkan oleh HELWA ABIM Pahang ini telah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan sesama ahli-ahli ABIM, WADAH, IKATAN Pahang dan juga guru-guru institusi pendidikan TASKI, Tahfiz dan SERI. Dianggarkan seramai 120 orang telah menyertai program ini termasuk dari daerah Jengka.


Tetamu undangan khas yang dijemput hadir pada program ini ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady (Naib Presiden WADAH). Beliau telah berkongsi pengalaman terlibat dalam gerak kerja ABIM serta kepentingan konsep kekeluargaan dalam jemaah. Selain itu, Sdr. P.Aizan Tukirin juga telah turut hadir. Beliau mengambil kesempatan untuk memberikan penerangan mengenai program Infaq Saya untuk menjana kewangan ABIM.

Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah Menaiki Trem, Sukaneka, Makan Berjemaah dan Ramah Mesra. Jelas sekali program ini telah merapatkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli seterusnya akan mengukuhkan lagi ukhuwwah Islamiyah yang sedia terjalin.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More