"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

12.1.09

Misi Skuad Prihatin ke Pahang

Artikel ini dipetik daripada www.abim.org.my


KUANTAN, 10 Januari 2009/13 Muharam 1430H – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah Skuad Prihatin (SP) melalui Misi Kemanusiaan Bencana Alam : Banjir di Pantai Timur telah menghantar seramai 7 orang aktivis yang diketuai oleh Dr.Saifullah Al-Hany Abd. Halim, Ketua Biro Kesihatan ABIM. Rombonan kali ini menuju ke Pusat Pemindahan banjir daerah Pekan yang terletak di balai raya Kg. Acheh.

Sebanyak 6 keluarga yang terdiri 20 orang ahli keluarga telah menghuni pusat pemindahan tersebut. SP juga telah dibantu oleh Sdr. Mahadi Deraman, Setiausaha ABIM Pahang dan 9 orang sukarelawan ABIM Pahang (pelajar-pelajar perubatan dari UIAM kampus Kuantan) bagi membantu mangsa banjir.

Misi kali ini telah dipecahkan kepada 3 skuad iaitu skuad pemeriksaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang percuma kepada penduduk kampung. Skuad kedua ialah skuad agihan barangan (hygiene kit dan air mineral ABIM) yang diagih kepada lebih 25 buah rumah sekitar Kg. Acheh dan Kg. Sg.Ganchong. Skuad ketida pula ialah skuad khidmat masyarakat yang ditugaskan untuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

Selain penyertaan 17 aktivis dari ABIM, SP dibantu oleh penduduk kampung yang banyak memudahkan urusan bantuan yang diberikan. Skuad Prihatin ABIM berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka. Misi kali ini diharap akan dapat diteruskan bagi menyediakan perkhidmatan kemanusiaan kepada yang memerlukan.

Sebarang bantuan boleh dihulurkan kepada Skuad Prihatin (Bencana Alam) di Akaun ABIM Bank Islam bernombor 14-023-01-001121-9.

Disediakan Oleh :
Noraliza binti Effendy
SUK Skuad Prihatin 2009

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More