"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

9.11.07

Wacana Ilmiyah Bersama Prof. Dr. Sidek Baba

Kuantan, 7 Nov - WADAH Pahang dengan kerjasama ABIM Pahang dan IKATAN Pahang telah mengadakan satu program Wacana Ilmiyah yang telah disampaikan oleh Ybhg. Prof. Dr. Sidek Babab atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Sidek. Wacana ini telah diadakan pada jam 9.30 malam bertempat di Dewan Seminar Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan. Seramai 30 orang anggota WADAH, ABIM dan IKATAN telah hadir dalam program tersebut.

Cikgu Sidek telah membentangkan satu tajuk yang cukup menarik iaitu "Faktor-Faktor Kehebatan Islam". Menurut beliau, ada 4 faktor yang menjadikan Islam sebagai agama yang hebat iaitu sinergi (taawun) di antara pemerintah, ulamak saintis dan profesional, ilmu yang bersepadu, kajian dan penerokaan dan kekuatan menyaring rujukan barat sebelum dijadikan panduan. Dalam sesi soal jawab juga Cikgu Sidek telah menyentuh konsep Teori I yang dipeloporinya dan bagaimana Teori I boleh diaplikasikan dalam Pengurusan Strategik sesebuah organisasi

Di akhir sesi wacana, Cikgu Sidek telah memperkenalkan buku-buku tulisan beliau yang telah dijual di pasaran. Di antara buku-buku tersebut ialah "Seteguh Tekad" dan "Pendidikan Rabbani". Buku-buku tulisan Cikgu Sidek sangat sesuai dibaca oleh ahli-ahli WADAH, ABIM dan IKATAN Pahang untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman.

Photobucket buku

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More