"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

10.11.07

Majlis Hari Raya Bersama Orang Asli

Sungai Lembing, 8 Nov - ABIM Pahang terus menggiatkan aktiviti pembangunan sosial khusus untuk masyarakat orang asli Islam di daerah Kuantan. Pada kali ini, ABIM Pahang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama dengan masyarakat orang asli Islam Sungai Mas, Sungai Lembing. Program kali ini menunjukkan komitmen ABIM Pahang untuk menyumbang dalam usaha pembangunan sosial kerana Kampung Sungai Mas ini menjadi lokasi sasaran dakwah ABIM Pahang. Program hari raya ini telah disertai seramai 12 orang ahli ABIM Pahang dan IKATAN Pahang serta lebih kurang 100 orang masyarakat orang asli kampung tersebut.

ABIM Pahang dan IKATAN Pahang telah bergotong royong untuk menyediakan jamuan makan tengahari iaitu Nasi Himpit dan Mee Sup. Kerja-kerja memasak dibantu oleh kaum ibu kampung tersebut. ABIM Pahang terus komited untuk membantu masyarakat orang asli di sini bukan setakat usaha penyebaran mesej dakwah malahan menjangkau usaha pengembangan ekonomi. Satu sesi perbincangan telah diadakan pada hari tersebut bagi mengembeling usaha untuk projek-projek pembangunan ekonomi yang akan memberikan manafaat kepada penduduk kampung tersebut

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More