"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

26.11.07

Khatam Al-Quran Lambang Kejayaan TASKI Dan TAHFIZ ABIM Pahang

Kuantan, 25 Nov - ABIM Pahang telah menganjurkan program Khatam Al-Quran dan Ihtifal 2007 bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar TASKI dan TAHFIZ ABIM Pahang untuk tahun 2007 ini. Program ini telah diadakan di Dewan Pertanian Kuantan. Dihadiri seramai 300 orang pelajar TASKI dan TAHFIZ bersama-sama dengan ibu bapa, program ini telah menjadi lambang kejayaan institusi pendidikan yang dijalankan oleh ABIM Pahang.

Program ini telah dirasmikan oleh Sdr. Mohd. Anderil Abdul Rahman yang merupakan Timbalan YDP ABIM Pahang. Dalam ucapan perasmiannya, Sdr. Mohd. Anderil telah menjelaskan kesungguhan ABIM Pahang dalam menjayakan institusi pendidikan ini. Walaupun, cabaran-cabaran semasa seperti persaingan dan kemudahan menjadi kekangan, tetapi sokongan daripada masyarakat terutamanya ibu bapa yang menghantar anak-anak ke institusi pendidikan ABIM Pahang telah menjamin jangka hayat pendidikan ini.

Hadiah-hadiah dan sijil-sijil penyertaan telah diberikan kepada pelajar-pelajar TASKI dan TAHFIZ semasa program ini diadakan. Selain itu juga, pelajar-pelajar telah menunjukkan bakat mereka membuat persembahan seperti nasyid dan lakonan. Satu sesi Khatam Al-Quran juga telah diadakan di akhir program ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More