"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

28.11.07

ABIM Pahang Jayakan PJKN

Mentakab, 25 Nov - ABIM Pahang dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan ABIM Pusat telah berjaya menganjurkan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) peringkat negeri Pahang. Program ini telah diadakan selama 10 hari yang merangkumi dua fasa dan lokasi. Fasa pertama bertempat di Kem Agro Resort Sungai Semuji, Kuantan dan fasa kedua telah diadakan di Kampung Desa Bakti, Desa Jaya dan Taman Mentakab Indah, Mentakab, Pahang. Fasa pertama PJKN memberikan penumpuan kepada pembangunan kepimpinan, jatidiri dan kesukarelaan secara latihan dan teori manakala fasa kedua bercorak khidmat masyarakat dan anak angkat.

Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia remaja sekitar daerah Kuantan telah menyertai program ini. Selain itu, PJKN ini juga telah digerakkan oleh seramai 15 orang fasilitator dan urusetia yang berpengalaman. Semasa di Sungai Semuji, peserta-peserta telah mengikuti aktiviti-aktiviti seperti ceramah, latihan dalam kumpulan, pembentangan, riadah, aktiviti kerohanian dan kejelekitan kumpulan. Manakala aktiviti khidmat masyarakat pula merangkumi gotong-royong, marhaban cukur jambul, forum agama dan perlawanan bolasepak persahabatan.

Majlis Penutup PJKN ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Haji Mohd. Sharkar bin Shamsuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Lanchang. Turut hadir pada Majlis Penutup adalah En. Abu Jamal Nordin (Pegawai Daerah Temerloh), Tuan Haji Zainal Abidin (Pengerusi JKKK Desa Bakti) dan En. Abdul Wahab Busu (Pengerusi JKKK Desa Jaya)

Maklum balas daripada peserta adalah sangat positif yang rata-rata sangat berpuas hati dengan penyertaan mereka dalam program seumpama ini. ABIM Pahang juga telah mendapat manafaat dalam bentuk hubungan sosial-dakwah khususnya dengan penduduk kampung yang berkenaan.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More