"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

2.9.08

Seminar Pengurusan Kepimpinan Rasulullah

KUANTAN, 31 Ogos 2008 - Dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta sokongan NGO-NGO Islam Pahang yang bernaung di bawah Sekretariat Dakwah Islamiyah Pahang, ABIM Pahang telah menganjurkan Seminar Pengurusan Kepimpinan Rasulullah. Program ini telah dijayakan pada 30 Ogos 2008 bertempat di Dewan Utama, Kompleks LKPIM, Kuantan.

Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan oleh Ustaz Badlishah bin Alauddin (Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP) dan Ustaz Ramli Yusuf (SMA Al-Ihsan Kuantan). Diikuti dengan sesi forum pada sebelah petang yang telah disampaikan oleh Ustaz Sukri (SMA Al-Ihsan Kuantan) dan Ustaz Danial Hakim Boey (MACMA Selangor).

Pelbagai topik telah dibincangkan sepanjang sehari berseminar. Antara lain, penceramah menjelaskan kepentingan umat Islam untuk mencintai Rasulullah S.A.W serta menghargai sirah Baginda. Selain itu, tuntutan paling utama adalah untuk mengamalkan sunnah yang telah ditinggalkan oleh Baginda kepada kita.

Seminar ini telah ditutup secara rasmi oleh Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More