"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

23.7.08

SABDA 2 Menjelaskan Hak dan Keperluan Kanak-Kanak

JENGKA, 20 Julai 2008 - Bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM Pahang kali ke 35, satu program iringan iaitu Siri Asuh, Bimbing dan Didik Anak-Anak (SABDA) Siri ke 2 telah diadakan. Program ini merupakan sambungan kepada Siri 1 SABDA yang telah diadakan pada bulan Februari 2008 yang lalu.

Naib Presiden (HELWA) ABIM Pusat iaitu Ybhg. Dr. Mastura Badzis sekali lagi diundang untuk menyampaikan pengisian berkaitan dengan 'Hak dan Keperluan Kanak-Kanak' Menurut Syariat' kepada lebih kurang 30 orang guru-guru TASKI/TAHFIZ dan SERI ABIM Pahang dan Daerah-Daerah.

Dalam pembentangan beliau, Dr. Mastura menjelaskan bahawa hak kanak-kanak menurut syariat Islam terdiri daripada hak umum iaitu untuk mendapat ibu bapa yang soleh, hak untuk hidup dan mendapat nama baik. Manakala keperluan kanak-kanak pula terbahagi kepada tiga iaitu keperluan asas fisiologi/fizikal/perawakan diri, keperluan psikologi dan keperluan intelek.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More