"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

3.12.07

PERANTI-2 Jana Generasi Al-Quran

Kuantan, 28 Nov - HELWA ABIM Pahang dengan kerjasama Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN) telah berganding bahu bagi menganjurkan program Perkhemahan Anak-Anak Kreatif Pahang (PERANTI) yang bertemakan "Hayati Al-Quran". Program ini telah diadakan selama 4 hari bermula pada 25 November dan berakhir pada 28 November yang lalu. Seramai 25 orang kanak-kanak berusia 10-12 tahun telah menyertai program ini. Program ini telah diadakan di Surau Indera Mahkota 5 Kuantan.

Program seumpama ini dilihat sebagai satu usaha positif bagi mengisi masa cuti persekolahan yang panjang. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mendekatkan diri peserta dengan Al-Quran. Di antara aktivitinya ialah cara bacaan yang betul, semakan surah-surah hafazan, ilmu tajwid, asas taranum dan program motivasi. Aktiviti kemuncak adalah sesi Penghayatan Al-Quran bersama Ustaz Zamri "Mari Mengaji TV9".

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More