"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

15.11.10

Majlis Graduasi TASKI dan Ihtifal Tahfiz


KUANTAN, 14 Nov 2010 ~ "Walaupun program ini adalah acara tahunan, namun ABIM Pahang melihat ianya lebih besar daripada sekadar program. Ianya menzahirkan kejayaan institusi pendidikan yang ditawarkan ABIM Pahang kepada masyarakat. Ianya adalah sumbangan berterusan ABIM kepada masyarakat", demikian menurut Sdr. Muhammad Hisyamudin (Yang Dipertua ABIM Pahang) ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Graduasi TASKI dan Ihtifal Tahfiz ABIM Pahang untuk tahun 2010.



Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Tas ini telah dihadiri sekitar 300 orang ibu bapa dan pelajar-pelajar TASKI dari 10 buah TASKI/Tahfiz di daerah Kuantan dan Pekan. Sesi pagi diadakan Majlis Graduasi TASKI manakala sesi petang pula diadakan Majlis Ihtifal dan Khatam Al-Quran Tahfiz ABIM.



Para hadirin telah menyaksikan kegembiraan anak-anak mereka kerana berjaya menamatkan pengajian awal mereka di TASKI ABIM Pahang. Selain dianugerahi Sijil TASKI, mereka juga diberikan hadiah-hadiah penghargaan. Majlis turut dimeriahkan oleh gelagat-gelagat pelajar-pelajar TASKI semasa membuat persembahan seperti nyanyian nasyid, choral speaking dan bersajak.


1 ulasan:

salamboleh saya tahu di mana taski abim di pekan? terima kasih

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More