"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salam (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALlah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka : orang-orang yang fasik"
(Surah Ali-Imran, 3:10)

:: Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang :: Welcome :: ke Laman Blog ABIM Pahang ::.......

22.8.11

Iftar Infaq Isi Tabung Anak Yatim

Kedatangan bulan Ramadan memang sangat dinantikan oleh semua umat Islam. Pada bulan inilah begitu banyak amal ibadah akan dilakukan dan salah satunya adalah ibadah sedekah dan infaq.

Sempena bulan Ramadan ini, ABIM Pahang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Iftar Infaq Anak Yatim. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada orang ramai untuk memberikan sedekah dalam bentuk tajaan berbuka puasa kepada anak-anak yatim Baitul Husna Bukit Sekilau.

Baitul Husna Bukit Sekilau merupakan rumah kebajikan anak-anak yatim yang dikelolakan oleh ABIM Pahang dan WADAH Pahang.

Sumbangan sedekah yang diterima adalah sangat menggalakkan. Sebanyak RM570 telah berjaya dikutip dan disalurkan kepada tabung Baitul Husna Bukit Sekilau.

ABIM Pahang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang.

0 ulasan:

Post a Comment

Kongsikan Bahan

Twitter Facebook Digg Stumbleupon Favorites More